Welcome All's !!!


13 June 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki- Shaklee Bekenu Miri

"Sesungguhnya Dia Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dengan tidak terhitung jumlahnya" 
Apa yang saya nak kongsi di sini , saya petik dari sebuah BUKU MINI yang dikarya oleh Fathuri Salehuddin. Buku mini ceritanya ringkas dan mudah difahami, tetapi ia membawa 1001 makna yang perlu kita fahami dan jalani di dunia ini. Di samping kita berniaga, adakah kita hanya mengharapkan semata-mata dari pelanggan?? jawapannya TIDAK. Benda pertama perlu kita simpan dan semat dalam hati kita yang kecil ini adalah sentiasa meminta kepada ALLAH S.W.T .. kerana Allah lah yang memberi segalanya pada kita. malah apa yang kita pakai sekarang ini adalah semuanya dari Allah s.w.t . Semuanya hanya pinjaman semata-mata. 

Apa kaitan antara USAHA dan REZEKI???
Kita pernah mendengar seseorang mengatakan "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha" . Kita juga pernah mendengar seseorang mengatakan " Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan" Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini?? Apa bezanya dan yang mana satu adalah betul???

Ternyata kedua-dua ayat di atas adalah bukan untuk memilih betul ataupun salah.Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.
Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan.Namun melihat caranya berusaha ,Tuhan dijadikan nya nombor 2 pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan ,keputusannya Adalah Tuhan diletakkan nombor 2.
Sebagai contoh, apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah tiba,maka solat dikemudiankan,malah dikerjakan di hujung2 waktu. Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat yang pertama itu. Padanya usaha adalah nombor 1.Perintah Tuhan jatuh nombor 2.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang sahabat sedang bekerja.Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu bata.Pada masa azan dilaungkan ,kerjanya sudah hampir selesai,iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Namun tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.
Apabila beliau ditanya mengapa tidak diteruskan sahaja kerjanya tadi walhal hanya tinggal meletakkan sebutir batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya.
Beliau pun menjawab jika beliau meneruskan kerjanya , sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan bukan membesarkan Allah. Padanya apabila azan dilaungkan , semuanya adalah kecil kecuali Allah. Nah!beginilah dasyatnya iman para sahabat.Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah luah. Mereka dipandang mulia walaupun tiada harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia lagi.

Kesimpulannya jelas sekali di sini, sekali sibuk mana kita bekerja atau berniaga untuk mencari rezeki, wajib lah kita berbalik semula pada yang Satu iaitu ALLAH S.W.T . Dengan Allah kita meminta segalanya.. Kita tidak perlu bimbang dengan banyak atau sedikit rezeki yang kita perolehi pada hari ini atau esok, kerana sudah terdapat jaminan Allah. Solat terjaga, malah sentiasa solat sunat dan ibadah lain, maka Allah akan mempermudahkan segalanya. Ameen ya Rabbal alameen. 

Ini adalah sedikit coretan yang dapat sy kongsikan pada para pembaca tentang Mudahnya Menjempit rezeki.. See u again.. hehe

Nak shaklee??? hubungi saya di 01115029820 okay ^_^

0 comments:

Post a Comment