Welcome All's !!!


30 June 2014

Sirap Shaklee - shaklee bekenu miri

vivix


Wow! meletup2 lah promosi bulan ni.. kenapa??? sebab nya promosi vivix lah.. vivix ni mmg special sangat.. vivix adalah sirap shaklee yang merangkumi semua aspek. Ramai yang dah jatuh cinta dengan vivix ni.. jum tgk apa kebaikan dier..

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)




Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

** VIVIX tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusukan anak, atau berumur 18 tahun ke bawah.

Banyak dah testimoni berjaya dan pulih dengan pengambilan vivix.
harga retail vivix adalah rm480 seluruh malaysia. 


KEHEBATAN LECITHIN YANG WAJIB ANDA TAHU - shaklee Bekenu Miri

Lecithin (180 capsules)

Selalunya kita dgr lecithin ni adalah antara set slimming kan.. set kurus gitu.. tapi lecithin sebenarnya banyak lagi kelebihan yang lain yang wajib anda semua tahu!! kalau nak tau haruslah rajin membaca entri saya yang comeyy ni.. hehehe

**Lecitihin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO , setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

MANFAAT UTAMA

~Menyerap vitamin yang larut lemak -membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E, dan K yang larut lemak

~Melindungi hati -menghalang enapan lemak dihati , sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati.

~Pemecahan lemak dan kolestrol -Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah , pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol, dan trigliserid di dalam tubuh.

~Pelangsingan - Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang,

~Mencantikkan otot dan kulit -Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

~Memperbaiki alergi -Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi spt penyakit kulit -dermatitis, demam denggi

~Menghalang kejadian batu karang -90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

~Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran , memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

~Menghalang tekanan darah tinggi -Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

~Memperbaiki prostat lelaki -Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

~Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan , ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Cadangan pengambilan 
** Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali sehari , 3 kapsul setiap kali( sebelum/selepas makan)
**Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak, 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum/selepas makan)

Banyak kan fungsi lecithin yang kita tak tahu. sebab kebanyakan org, diorg fikir lecithin hanyalah untuk kurus semata-mata.. tidak sama sekali.. malah kalau lepas beranak, dan mengalami bengkak susu, lecithin boleh membantu mengatasi masalah tersebut.  so apa tggu lagi,  belum cuba belum tau.hehehe... :) 

HUBUNGI 01115029820
FB- Puan Vivi Tanita
wechat- memviviey


Perkembangan fetus hamil 5 minggu

Sekadar perkongsian buat para pembaca.. 
Anda mungkin tidak kelihatan hamil ketika ini, namun, jantung embrio, yang kecil sedikit daripada biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantungnya mula membahagi kepada ruang-rang dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Tumbesarannya berlaku dengan sangat pantas minggu ini. 

Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub neural (tiub saraf) yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks mengambil tempat di ruangnya. 

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang berapa banyak asid folik yang anda perlukan. 
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman berikut bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

29 June 2014

Set kesuburan suami isteri - Shaklee Bekenu Miri

Assalamualaikum .. selamat pagi.. tidak terlambat bagi sy mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia.. :)
Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dan bermakna dari sebelum nya..

Pengalaman ramadhan kali ini cukup berbeza buat saya dan suami , walaupun ini adalah tahun ke 2 kami berpuasa bersama.. sebab kali ni saya berbadan dua.. Alhamdulillah.. syukran sangat2.. genap 2 tahun kami mendirikan rumah tangga pada 8hb 6 yang lepas, akhernya keputusan UPT sy positif!!!
Dengan pengambilan supplemen yang berpanjangan walaupun kadang2 skip sebab lupa.. hehe.. ianya adalah sangat membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat..

Nak tau apa set kesuburan shaklee???
set kesuburan suami dan ister shaklee
** Kita sebagai hamba Allah yang biasa dan tidak sempurna hanya mampu berusaha dan berdoa.. Sambil mengamalkan supplemen kesuburan, kita sbgai umat islam wajib berdoa kepada NYA tanpa henti2 dan rajin membaca surah2 amalan murah rezeki samda selepas solat atau masa terluang.
Di antara surah2 amalan yang saya cadangkan adalah Al-waqiah , surah pendek memohon zuriat dan sebagainya... 


Untuk sebarang pertanyan boleh hubungi saya di 01115029820 atau add saya d FB Puan Vivi Tanita. 
COD-BEKENU MIRI
POSTAGE-SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK

26 June 2014

Set Kehamilan Shaklee - Shaklee Bekenu Miri



Sebelum saya berkongsi apakah set kehamilan terbaik shaklee , di sini saya ingin kongsikan tips2 makanan terbaik untuk ibu hamil. 


Shaklee menyediakan 2 jenis set untuk 1'st trimester 2nd trimester dan  3rd trimester..  memang banyak kebaikan dalam set hamil shaklee ni, lebih2 lagi untuk ibu2 moden yang suka kan supplemen yang mudah di ambil dan dimakan.
Kehamilan merupakan saat yang terpenting untuk semua ibu-ibu. Adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil menjaga pemakanan supaya ianya mencukupi. Ibu-ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran. 

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?

  1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dan multimineral)
  2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (kalsium magnesium)
  5. ESP/ Mealshake (sumber protein)
  6. Omega Guard

Secara ringkasnya, fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :



~ Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat penting bagi ibu hamil terutama jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.

~ Ia membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.


~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.

~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.




~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: flu).

~ 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

~ Ia juga membantu mengurangkan efek stretch mark ketika hamil.



 Ostematrix (Kalsium)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
~ Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu ketika meneran sewaktu bersalin.


~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.

~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.

~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.

~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.

~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


OmegaGuard (Omega 3)
~  Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan juga membantu badan ibu naik secara melampau.
~ Pengambilan Omega guard juga membantu mencantikkan kulit anda!

Sumber diperolehi dari http://norsaritanaini.com/kepentingan-suplemen-tambahan-untuk-ibu-hamil/ 

Tips penjagaan di awal kehamilan - shaklee Bekenu Miri

Assalamualaikum.. pagi jumaat yang mulia ni sy nak berkongsi 10 tips mudah dan terbaik untuk anda dan kita semua .Bagaimana cara untuk menjaga kehamilan awal untuk ibu2 yang baru hamil apatah lagi untuk 1'st baby...
.
  • Rancang rawatan antenatal dari awal : Penjagaan antenatal yg baik memang penting untuk kesihatan bayi kita. Sebab tu la kita kalau boleh pilih doktor yg akan jaga kita dari awal lagi. Dalam masa yg sama kita boleh bina hubungan yg baik dengan doktor sebagai persediaan untuk kelahiran. Tapi biasanya memilih doktor ni boleh dilakukan kalau di hospital swasta. Kalau di hospital kerajaan, tak dapek den nak nolong. Tepuk dada, cek kocek anda. Hehe. Kalau mampu silakan ke hospital swasta. Nanti bila senang saya ceritakan pro n cons melahirkan baby di kedua2 hospital ok!!
  • Makan dengan baik : Take note yg once kita dah mengandung, tak bermaksud kita perlu makan untuk 2 orang. Kita pon sebenarnya tak perlu minum susu full cream atau makanan tambahan yg dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah keperluan tenaga kita tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama kehamilan dan keperluan ini meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir sebanyak lebih kurang 200 kalori sehari. Tapi, pengambilan diet yg sihat dan seimbang memang penting. Ramai yg hilang selera makan pada sesetengah makanan tertentu, tapi makanan tersebut bolehlah digantikan dengan makanan lain yg mengandungi nilai nutrisi yg sama. Pastikan diet kita merangkumi banyak buah2an dan sayuran sekurang2nya 5 hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi dan sebaik2nya jenis bijirin sempurna supaya kita dapat serat pada kadar yg secukupnya. Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan sejumlah susu dan makanan tenusu setiap hari. Jangan abaikan sarapan pagi. Dalam masa yg sama, kawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.
  • Berhati-hati tentang kebersihan makanan : Elakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia mungkin berisiko pada kesihatan kita dan juga bayi. Listeria yg boleh menyebabkan keguguran atau penyakit teruk bagi bayi baru lahir mungkin berpunca daripada keju lapuk matang yg lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa kita hamil. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin adalah selamat untuk dimakan. Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yg sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius. Penting untuk kita memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman juga. Elakkan daripada makan daging yg kurang masak atau mentah dan cucilah sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran. Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yg kurang masak dan telur mentah atau dimasak lembut. 
  • Mengambil tambahan asid folik dan memakan ikan : Asid folik memang penting sebab dapat mencegah spina bifida dan lain2 kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida ni adalah penyakit kongenital yg serius yg berlaku apabila tiub yg melindungi sistem saraf pusat tak menutup sepenuhnya dan mengakibatkan ketidakupayaan yg serius. Sebab tu lah semua wanita yg merancang untuk hamil dinasihatkan untuk ambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang 3 bulan pertama kehamilan. Kalau tak rajin menelan suplemen bolehla ambil asid folik semulajadi melalui permakanan kita terutamanya melalui sayur2an dan bijirin sarapan. Lain2  nutrien yg penting untuk kesihatan bayi dan kita adalah besi dan kalsium yg boleh diperolehi melalui pemakanan biasa. Minyak ikan yg mengandungi asid lemak omega 3 juga mempunyai kesan yg baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak Omega 3 yg bayi kita perlukan semasa membesar dan berkembang. Adalah disyorkan untuk makan ikan seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari 2 kali seminggu tetapi ikan jenis lain boleh dimakan seberapa banyak yg kita suka. Kalau saya, saya ambil Omega Guard Shaklee. Bebas merkuri dan semua bahan toksik berbahaya sebab melalui 3 peringkat penyulingan. Hehe.
  • Bersenam selalu : Hamil tak bermakna kita tak boleh melakukan senaman. Senaman boleh memberi kita kekuatan dan ketahanan yg diperlukan untuk menampung berat badan kita yg akan bertambah semasa mengandung dan menangani tekanan fizikal kelahiran. Dalam masa yg sama memudahkan kita untuk kembali ke bentuk badan asal selepas bayi dilahirkan. Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu kita menangkis kemurungan semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan bahawa senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yg membantu mengawal emosi dan perasaan kita. Kalau kita dah biasa melakukan senaman dalam bentuk sejenis sukan, kita boleh teruskan selagi ia selesa untuk kita, melainkan jika sukan tu memberi risiko jatuh atau terhantuk. Senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik juga sangat bermanfaat.
  • Lakukan senalam lantai pelvik : Adalah biasa bagi wanita hamil atau yg telah melahirkan anak mengalami masalah tekanan inkontinens; bila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa dan senaman. Sebab tu lah senaman lantai pelvik digalakkan dan boleh diamalkan sebelum hamil atau semasa mengandung.
  • Hadkan pengambilan alkohol : Kalau boleh jangan ambil alkohol ketika hamil sebab sebarang alkohol yg diminum akan sampai kepada bayi dengan cepat melalui aliran darah dan plasenta. Wanita yg banyak minum secara kerap semasa mengandung dianggap berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin yg menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yg lebih serius.
  • Kurangkan pengambilan kafein : Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yg sederhana dan ada penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. 2 cawan kopi @ 4 cawan teh @ 5 tin cola sehari tidak menjejaskan bayi kita walaupun ada kajian lain yg menunjukkan bahawa tahap kafein yg rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran. Sama seperti alkohol, lebih baik berhati2 dan beralih kepada kopi tanpa kafein teh atau jus buah2an terutamanya semasa trimester pertama. Alternatif segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon. Segar kan??
  • Berhenti merokok : Wanita yg merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah (sumbing). 
  • Banyakkan berehat : Pernah tak rasa letih sangat? Sebenarnya keletihan yg kita rasakan semasa trimester pertama dan ketiga adalah cara badan kita memberitahu supaya kita jangan terlalu aktif. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yg kita tak mampu lakukan tapi kita dan bayi kita akan mendapat manfaat darinya. Kalau tak boleh tidur, sekurang2nya letakkan kaki ke atas dan berehatlah dengan apa cara sekalipun selama 30 minit atau lebih.
Kredit : baby center

24 June 2014

Pendaftaran Ahli shaklee


Nama Penuh:
Kad pengenalan/ic
Nama Pasangan(jika ada)
Kad pengenalan/ic pasangan
Alamat surat menyurat/tempat tinggal:
Email Address:
Nama Bank MAYBANK
CIMB BANK
PUBLIC BANK
RHB BANK
BSN
Nyatakan Nama Bank jika tiada dalam senarai di atas:
Nombor Akaun Bank
No.HP

Create a web form here

23 June 2014

Set Asas / family wellness - Shaklee bekenu Miri

Salam alaik~ good Morning sunshine~ i baru jer lepas breakfast nasi goreng ikan masin + teh tarik.. perghhh!! sedap sekali yah..  baru lah bertenaga nak buat entri.. hehehe..

#Hari yang bahagia ditambah lagi dengan cuaca yang cerah ni, i nak kongsi apakah set asas shaklee yang wajib kita tahu dan ambil untuk keluarga kita.. itu bermakna tak perlu tggu sakit baru nak ambil. oh tidak sama sekali.. untuk kesihatan dan antibody yang kuat, boleh try set Family Wellness !! Ini adalah set kesihatan optimum untuk keluarga yang ceria dan bahagia.
SET ASAS KESIHATAN OPTIMUM

1. VITA-LEA
-Vita-lea adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

MANFAAT VITA-LEA
-Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga ,kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

-Pelengkap nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anaemia.

-Keupayaan system produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

-Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

-Elemen penting pada sel tubuh – Menyediakan asas nutrisi , memastikan sel hidup , pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, oto, kulit,kuku,dan hormone,serta menjaga kesihatan tirod.

-Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang jantung dan hati.

KALAU ANDA NAK TAHU, VITA-LEA ADA 19 VITAMIN-VITAMIN PENTING . JUM TENGOK!!!
VITAMIN
FUNGSI VITAMIN
Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam,bantu tumbesaran,kuatkan kerangka tulang,gusi,gigi,system respiratori,system imun dan rambut yang sihat.
Vita D
Perkasa kepadatan tulang,mencegah penyakit tulang lembut,osteoporosis dan psoriasis
Vita E
Anti oksida, kepejalan kulit,kulit berseri,melancar sirkulasi darah,mencegah darah beku, sakit jantung, katarak,atritis,baik untuk sistem produktif lelaki,mengurangkan kesan parut.
Vita C
Anti-oksida,melawan kanser,meransang formasi kolagen,meningkatkan daya tahanan penyakit,percepat sembuh luka,mencegah selsema,gusi berdarah,darah beku, hidung berdarah
Asid Folik
Kesihatan fetus,meransang pengeluaran susu badan,kesihatan sel darah merah,kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia,osteoporosis,tekanan,ulser mulut, kesihatan kulit.
Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga,perkasa memori,kecerdasan mental,membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat ,mengurangkan petanda herpes zoster
Vita B2
Tukarkan makanan kepada tenaga,anemia , keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut,kekejangan.
Vita B3
Tukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migraine,ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
Vita B6
Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang , elakkan muntah2, bibir kering, glossitis,dermatitis, kekejangan, kebas , anemia
Vita B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak2 , bantu selera makan , tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual, dan menggelakkan anemia, keletihan , keresahan, diabetis dan rabun
Biotin
Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif , cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis,sakit otot, eczema, dan keradangan kulit.
Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, , mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, imsonia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut.
Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia.
Iodin
Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak2 , membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu , kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
Zat besi
Membentuk hemoglobin,redakan senggugut,membantu tumbesaran, melawan penyakit, , mengelakkan keletihan, anemia
Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema , penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
Zink
Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki , mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

2. B-COMPLEX

1. Menukar makanan kepada tenaga- Bantu penghadaman,menukar lemak,karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan keletihan/kelesuan.

2. Melawan tekanan- Memastikan kesihatan fungsi saraf , sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan, kemurungan dan imsonia.

3. Membantu tumbesaran- Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. Rambut beruban dan gugur- Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban serta mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata- Mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan , perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

6. Mencegah anemia- Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi ,merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan migrain, muntah2 , mabuk darat dan laut.

7. Meredakan senggugut- Baik untuk masalah senggugut/pms , meredakan kirasauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah,nafas berbau.

9. Detoksifikasi - Meredakan alahan

3. VITAMIN C sustained released 500mg

Membentuk kolagen - meransang pembentukan kolagen. kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin c adalah penyebab kepada gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan, yang lambat , kulit kering , ruam dan kulit kasar.

Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik , membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma . ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa , mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.  Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit - Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah , melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen . pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki imsonia - Memperbaiki keresahan, stress masalah berkaitan mental .

Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

***Sebiji tablet vitamin C bersamaan dengan 7.5 biji oren segar beserta kulitnya. setiap 1.5 mg akan dilepaskan setiap sejam sehinggalah 5 jam dan mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam.



Cara pengambilan set paling asas ini. Sangat mudah!

Vitalea (isi kandungan 120 tablet)
hanya 1 biji sehari selepas makan sarapan pagi 
Jimat! boleh tahan selama 4 bulan

B-Complex (isi kandungan 120 tablet)
hanya 1 biji sehari selepas makan sarapan pagi 
Jimat! boleh tahan selama 4 bulan

Sustained Release Vita-C (isi kandungan 180 tablet)
hanya 1 biji sehari selepas makan sarapan pagi 
Jimat! boleh tahan selama 6 bulan

SELAMAT MENCUBA!!DAN JANGAN LUPA HUBUNGI SAYA DI 01115029820