Welcome All's !!!


20 November 2014

Kedai Makan terbaik yang menjadi pilihan Saya di Miri

Assalamualaikum selamat pagi yang sejuk sangat!! sekarang ni musim hujan, siang malam hujan, tapi bersyukur lah bila dah hujan ni bumi pun sejuk.. hehehe...
Pagi ni saja nak kongsi kedai makan yang menjadi pilihan saya dan suami di Miri. Manalah tau kalau ada yang tengah tercari-cari nak makan kat mana erk kalau g miri??? hehe.. kadang2 saya yg stay miri pun x tau nak g mana.. hehe.. opsss! terlebih sudaaa...

Saya ni jenis yang agak pemilih dan cerewet kalau bab2 kedai makan ni, kalau kedai makan kotor, pastu pekerja masam muka, layanan lambat, saya mmg xakan datang tmpat tu lagi.. tapi setakat ni di Miri xde pulak kes mcm tu.. kalau kotor tu mmg ada sesetengah tempat.. kalau boleh kita memang akan pilih kedai/restoran/gerai yang bersih dan selesa.. yer tak...

Untuk breakfast/minum pagi saya dan suami lebih gemar pergi ke ASEANEKA berhampiran BSN sebab MEE KOLOK dia sedap dan service pun cepat.ICE LEMON TEA dia pun sedap sangat, kadang2 segelas tu x cukup untuk sy sorang. paling2 nak 2 gelas.hehe .. suami suka makan canai, lagipun kitorang tengok yang buat canai tu bersih dan boleh dipercayai. hahaa..kalau boleh, saya  dan suami mmg akan beli canai kalau pembuatnya melayu ataupun orang jawa/indonesia dan xnak makan canai kalau tambi yang membuatnya... huhuww.. sebab dah ada pengalaman buruk. tp x nak lah cerita kat sini. hehehe..

Selain daripada tu, kitorang kadang-kadang akan pergi ke SELERA RASA SEGAR/SRS sebab nasi lemak dia yang sedap... Nasi lemak dia ada macam2 jenis pilihan, kalau pagi2, memang ramai yang berbaris nak membeli dan menapau... lauk nya ada kambing kari, paha ayam goreng, percik, daging masak macam2.. hehe.. banyak sangat lah pilihan.. tapi saya selalu ambik nasi lemak dengan daging kambing kari.. Standard harga selalu dengan air dalam RM10 camtu... tapi memang berbaloi.. satu lagi suami saya suka sangat makan mee goreng di SRS, memang sedap!!! Yang ni pillihan untuk sarapan pagi yerr....
Sumber:: google 

Kalau makan tengahri pulak saya dan suami lebih gemar pergi Food court di Imperiall Mall tingkat atas sekali.. kalau x silap level 3 kot yang paling atas.. kat atas tu banyak sangat pilihan makanan... ada pelbagai gerai2 kecik kat dalam tu.. lauk2 segera paling banyak, ulam-ulaman, gerai lalapan pun ada... gerai abc. gerai mee goreng... biasalah, dah nama pun tenghari, jadi tekak ni lebih suka makan nasi berlauk pauk, dan sambal belacan wajib ada.. hehehe.. yang ni xde gambar sbb x pernah fikir nak ambik gbr food court.hehe.. tp memang sng nak cari. pergi jer imperial mall pastu pegi atas sekali. di permaisuri mall pun ada food court baru, tp x taulah, saya lebih suka makan d food court lama. hehe

Kalau makan malam, saya dan suami suka pergi tanjung seafood restoran kat tepi pantai.. yang ni agak jauh dari bandar.. tp kalau dari rumah saya mmg dekat. x sampai 10 minit mmg sampai. kat tanjung ni banyak gerai tau, dari gerai 1 sampai berbelas gerai. tp gerai yang paling sedap setakat ni adalah STALL NOMBOR 5. sebab apaa??? sebab sedap lah.hehe.. saya pernah mencuba gerai lain, tp x sesedap gerai nbr 5 ni.. kalau harga semua berbaloi.. yang ni saya ada snap gambar waktu saya makan.hehehe....
waktu ni oder kerang kicap pedas RM10/RM8 x silap, Sayur lemidin tumis belacan RM6, Tomyam seafood RM6, nasi 3 pinggan RM1 sepinggan. jadi semuanya RM25 camtu untuk 2 orang. memang berbaoi, sedap sangat dan kenyang sangat... kerang dia mmg sy minat sangat.. perghh!!!jadi bolehlah singgah2 ke tanjung restoran ya... STALL NBR 5.. hehe.. kat cni campur2, ada muslim dan non muslim, jadi kalau boleh tengok dulu sebelum duudk.


Kat miri ni memang famous dengan lalapan, gerai lalapan paling saya suka g makan dekat CAFENIKA RESTORAN dan MUARA RESTORAN ... Standard sepinggan lalapan minima RM10 camtu... Jangan keliru lalapan dengan AYAM PENYET taw.. kalau yg penyet tu sambal dia digoreng pastu ayam dia dipenyet2..hehehe...tp tetap sedap jugak..Gambar ada, tp x dapat nak upload, berkali2 dah cuba. huhu... geram geram geram! tp x penting, yang pentingnya pegi dulu baru tau sedap ke x. hehe.. suma yang saya bg tau kat sini adalah mengikut selera tekak sy... x tau lah orang lain. tp yg pastinya kedai makan yang saya g ni memang selalu ramai orang ... :)

Ok lah tu ajer setakat ni... erm, makan2 jugak, tp kesihatan kena jaga taww...sebarang pertanyaan untuk shaklee bolehlah komen terus kat bawah atau nak lebih pantas dan cepat boleh PM 01115029820 okay .. hehehe.... daaaa~~~



18 November 2014

Tingkatkan sistem imun dengan Nutriferon - Shaklee Bekenu Miri

PENGENALAN

Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi
Interferon buat julung kalinya ditemui oleh DR. YASUHIKO KOJIMA dari universiti Tokyo pada tahun 1954. Setelah membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (NUTRIFERON) . Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu BIJI LABU, BUNGA SAFFLOWER, HONEYSUCKLE JEPUN, DAN BIJI PLANTAGO mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi , selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang Immunologi.


*** Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui shaklee.

Manfaat Utama Nutriferon

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
2. Melawan kanser dan tumor
3. Melindungi dari influenza
4. Meringankan stress dan kelesuan
5. Melambatkan penuaan
6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7. Mempertingkatkan menopaus
8. Mempertingkatkan PMS- terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan insomnia dan mood swing.


Siapa yang memerlukan NUTRIFERON??

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Boleh dikatakan NUTRIFERON wajib ada sekotak di setiap rumah. tambah2 lagi dengan cuaca yang x menentu sekarang. nutriferon ni boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis, dan setiap peringkat usia ada sukatan tersendiri. Saya hanya akan memberitahu lebih lanjut jika anda PM saya dahulu di 01115029820 :)


17 November 2014

Kuatkan rahim anda dan elak keguguran berulang kali

Tengahari yang hangat membara ni nak kongsi tips-tips kuatkan rahim lebih2 lagi buat si isteri yang pernah keguguran atau keguguran berulang kali.Rahim adalah amat bernilai dan beharga kerana ianya adalah anugerah dari ALLAH S.W.T .. nilainya bukan terletak pada wang ringgit ataupun intan berlian, nilainya tidak mampu dihitung seperti butiran pasir di tepi pantai... Hebat nya menjadi wanita kerana Allah telah memberi satu organ yang mampu melahirkan zuriat dan mampu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari di dalam rahim kita yang kecil ni...

Tetapi agak ramai yang mengalami masalah rahim lemah, peranakan jatuh samada sebelum berkahwin, sudah berkahwin ataupun sudah lama merancang ingin hamil. ianya juga terjadi pada diri sy, kerana sewaktu sy pergi berurut dengan seorang bekas bidan, dia mengatakan peranakan sy senget ke sebelah kiri. sy pergi berurut dengan makcik ni atas cadangan kawan sekerja.. waktu dia urut tu x sakit, malah makcik ni membaca ayat2 suci Al-Quran sebelum mula mengurut. tetapi sewaktu dia atur peranakan saya yang senget ke kiri tu, kaki kiri saya menjadi kebas ,Alhamdulillah setelah 2x berurut dengan makcik ni Saya disahkan hamil. Pada masa yang sama shaklee tetap diamalkan untuk menguatkan rahim dan perkembangan bayi.

Rahim lemah ataupun peranakan jatuh dikategorikan pada beberapa tahap iaitu:

Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina

Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj

Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj

Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar. 

                Keadaan ini juga dipanggil procidentia

                Ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.

Faktor-faktor ataupun sebab terjadinya rahim lemah ini antaranya adalah:

1. Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.

2. Berat badan yang berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh badan.

3. Faktor kelahiran terdahulu iaitu proses bersalin yang normal 

    menyebabkan otot-otot, ligament hilang keupayaan untuk memegang 

    rahim ataupun lantai pelvic.

4. Mempunyai sembelit (iaitu terlalu meneran apabila membuang air besar) 

    ataupun batuk kronik (asma dan bronchitis) yang mana memberi 

    tekanan tinggi pada abdomen.

5. Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara 

    semulajadi menyebabkan menopaus. 



Keadaan rahim yang lemah ataupun peranakan yang jatuh ini bukan sahaja boleh terjadi pada anak dara magupun yang telah berkahwin ataupun warga emas. Kerana pada peringkat permulaan ia tidak memberi kesan sakit dan ramai tidak mengetahuinya.

Ia akan menjadi kritikal apabila mereka yang merancang untuk hamil pasti akan memberi kesan yang sangat besar. Malah pada Tahap 2 pun akan menyebabkan keadaan tidak selesa apabila ingin membuang air kencing ataupun duduk dalam tempoh yang lama.

Paling penting anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui lebih terperinci serta saranan yang sepatutnya ataupu n berurut tradisional. Alternatifnya, anda boleh mencuba vitamin berasaskan semulajadi, Shaklee untuk membantu anda.

Iaitu ESP, Alfalfa dan Vitamin E untuk membantu menguatkan rahim anda. Jika anda telah disahkan mengandung so ESP sahaja yang sesuai untuk ibu mengandung. Jika anda merancang untuk hamil (belum mengandung la) so ESP, Alfalfa dan Vitamin E untuk membantu menguatkan otot-otot pelvic dan ligament di sekitar rahim.



Boleh hubungi saya di 01115029820, add my wechat ID memviviey . COD hanya untuk warga bekenu dan miri sahaja.Insyaallah kita usaha, tawakal, Allah akan permudahkan segalanya. ameen.....

AMALAN SUNNAH RASULULLAH - JUM SHARE DAN AMALKAN

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersol
at akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membel
akang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka d
engan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Jom Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
lets do this guys :)

Pengedar sah shaklee Bekenu Miri Dan Set shaklee yang dicadangkan

Di sebalik saya bersungguh-sungguh untuk menjadi pengedar sah shaklee semestinya ada tulang belakang yang membantu dan menyokong saya selama ini.  Wasehh.. ayat power dah keluar.. hehehe.. Saja jer nak update gambar terbaru bersama Encik suami(tulang belakang yang dimaksudkan) ... 
Encik Suami tercinta(kena paksa senyum..hehe)

Saya dan Suami ... n baby bump.. waktu dalam gambar ni dah 6 bulan..

Ni anak kawan sama tempat sekerja.. kiut kan??? Zafran namanya.. geram sangat!!! Budak ni memang sosial, x takut dengan orang dan mesra alam gitu.hahahaha!




Disini saya memperkenalkan set-set shakle yang ada di setiap peringkat usia dan mengikut kemampuan anda ...
SET KESIHATAN YANG DICADANGKAN

Anti-Penuaan ESP, Collagen Powder, Vivix
Anti-Oksidan CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Set Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Collagen, Vivix
Set Kurus Badan ESP , Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Set Mengandung Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, OsteoMatrix, Omega Guard
Set Berpantang Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Set Breastfeeding Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Kesihatan Lelaki Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Kesihatan Kanak-kanak Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes
Set Remaja (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Set Kencing Manis GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Set Gout Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Set Kesihatan Sendi Advanced Joint Health, Omega Guard, Ostematrix
Set Immune Booster Vitalea, NutriFeron
Asma, Resdung, Alahan, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B-Complex,
Vitamin C
Untuk mereka yang tidak gemar pil Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Kalau nak tahu lebih lanjut/masuk member boleh hubungi terus ke 01115029820 . COD untuk warga BEKENU MIRI. Untuk sabah sarawak RM7 postage, Semenanjung RM10 postage.

Sembelit ketika hamil dan cara mengatasinya

Assalamualaikum semua.. apa yang sy nak sampaikan ni adalah berdasarkan pengalaman sy sendiri dan bukan copy dari mana2 ayat google atau any blogger.. hehe..Malah tiada kena mengena antara hidup ataupun yang telah tiada.. ;) hehehe..

Hamil adalah perkara yang paling menyeronokkan, namun disaat beginilah kita akan merasa pelbagai emosi dan perubahan hormon yang ketara. Masalah paling famous adalah SEMBELIT. Kalau untuk ibu2 hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk atau kritikal, nak makan pun susah apatah lagi nak minum.. sembelit ni bukan lah sehari 2, malah boleh berminggu atau berbulan. O.M.G!!! memang terseksa sangat ... fobia pun ada.. tapi nasib baik ada shaklee. pada mulanya mmg agak susah utk telan sebarang ubat ataupun supplemen disebabkan morning sickness, tp bila dah okay, sy mula ambik mealshakes. Sebab susah sangat nak membuang... bila masuk jamban mmg lama sampai suami pun risau kenapa lama sangat.. tapi lepas maintain minum Mealshakes dalam 3 hari macam tu, sampai skrg sy boleh senyum masuk jamban, keluar pun senyum.hahaha... memang lega sangat.. 

Kalau ikut-ikutkan sy x pandai pun minum susu, tp mealshakes ni senang jer masuk tekak sebab rasa dia yang sedap ala2 rotie marie yang dblend bersama susu..  Mealshakes ni kan dari ekstrak jagung.. sebab tu sesuai sangat untuk BUKAN PENGGEMAR SUSU mcm sy ni.. sy selalu bancuh Mealshakes dengan soya.. dan tambah sedikit air sejuk.. awal pagi waktu perut kosong sebelum turun kerja saya akan minum segelas habis.. perut pun rasa selesa.. Tapi mealshakes bukan takat untuk sembelit tau, malah bagus untuk perkembangan bayi, kulit bayi dan kita dan banyak lagi... 


Semua pun boleh ambik mealshakes yang sedap ni.. baby bump pun suka.. hehehe.. so, ibu2 di luar sana bolehlah mencuba ya. COD hanya untuk warga miri dan bekenu sahaja. boleh hubungi 01115029820 untuk pertanyaan atau pembelian. i love mealshakes!!!!

PROMOSI OMEGA GUARD

Assalamualaikum... hari ni cuacanya mendung suam2 kuku..jadi idea pun mencurah-curah ..
Bulan ni promosi Omega Guard okay.. Omega guard ni memang bagus untuk perkembangan otak, malah bagus untuk hati dan kesihatan jantung.. Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia. KENAPA??? 

Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) Ianya tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari      ketumpatan minyak hati ikan.Ianya sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3  semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
 1. Warga Emas
 2. Pesakit Jantung
 3. Wanita dan lelaki
 4. Wanita yang telah melahirkan anak
 5. Pesakit darah tinggi 
 6. Orang yang selalu lupa 
 7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 
 8. Pelajar 
 9. Ibu menyusu 
 10. Ibu Hamil trimester ke 3
 11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus 

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
 1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 
 2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 
 3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
 4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
 5.  Mengekalkan tekanan normal darah
 6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
 7.  Mengurangkan sakit kepala
 8.  Merendahkan kolestrol
 9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 
 10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 
 11. Mengawal masalah obesiti
 12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
 13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan    perkembangan otak janin 
 14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
 15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan  kanak-kanak 
 16. Membantu menyihatkan paru-paru 
 17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema,  psoriasis, dll 
 18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE          ( lupus erythematosus)
 19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
 20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat  dan kanser kolon. 
 21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
 22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
 23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 
 24. Mencegah penyakit gout

 Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu  memperbaiki masalah berkaitan otak seperti::
 - Mencegah insomnia
 - Mengurangkan tekanan emosi 
 - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
 - Membantu memperbaiki masalah autism
 - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
 - Mengurangkan masalah schizophrenia
 - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Banyakkan kebaikan omega guard??? benda macam ni kita xkan dapat dari tubuh badan sendiri melainkan melalui pemakanan mahupun supplemen. apa lagi, kalau nak pm ajer okay. boleh contact saya di 01115029820 . Buat warga bekenu miri free postage. Untuk luar kawasan, sabah sarawak Postage rm7 Untuk semenanjung RM10. 



11 September 2014

Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik lama jugak aku tinggalkan blog aku ni.. sebab pertama,  tempat kerja xde wifi, sebab kedua nya, xde mood langsung, dan sebab yang paling kukuh aku rasa setakat ni disebabkan morning sickness yang agak teruk.. huhuwww...
tapi ni lah pengalaman terbaekk aku... nasiblah dapat suami yang memahami dan sentiasa membantu...Tapi dah semakin besar ni, Alhamdulillah sangat aku dah dapat makan mcm biasa, dan hanya masa2 tertentu jer mood meroyan aku datang balek..hehehe..

Kalau nak dicerita b4 aku preg, aku mmg selalu migrain, asal nak tengahari mesti migrain, tapi sejak aku amalkan B-COMPLEX migrain ku sembuh 100%.. memang best sangat.. Khasiat B complex ni banyak sebenarnya.. boleh tengok bawah ni haaa....
B-COMPLEX



tapi aku stop makan bila dah teruk sangat morning sickness.. huhuww.. tambah2 lagi bila dah masuk fasa ke 2 kehamilan, migrain aku sangat teruk.. rasa nak pecah kepala pun ada.. sakit sangat sampai nak buka mata pun x larat.. tp nasib baik lah aku dah okay, so stat balik makan B complex.. kadang2 makan jugak ubat klinik walaupun selalu skip...hehehee..
sekarang ni cuma x dapat nak kena panas, bila kena panas terik, memang sakit balik kepala aku ni.. huhuwww.. so terpaksa jadi drakula sekejap, mesti mengelak terkena panas.. hehehe...gurau ajerr..

Mudah2an lah baby aku ni sehat dan selamat dilahirkan kelak.. suami pun turut tak sabar menanti... now aku tulis entry ni pun sebab ada kesempatan dan idea yang x berapa nak ada.. hehehehe..lain kali lah update lagi.. jangan lupa bulan ni promo mealshakes buy 3 free 1, dan collagen powder buy 6 free 1.. nanti aku cerita pasal collagen powder k.. hehehe  ... byeeee....


21 July 2014

Biskut chocolate chips famous amous

Wahhh.... arini rajin nak update blog, tengok tajuk tuu.. hehe.. saja nak kongsi cerita semalam.. tinggal beberapa hari jer lagi nak raya.. so fiz time in my life try wat biskut, tapi nak buat lain dr yang lain. so i buat chocolate chips ala-ala famous amous yang kat kedai tu.. selalu nya jual kat aiport, kalau 100gm dalam rm10 ringgit jugak mcm tu. huhu.. tp dapat brapa biji jer pun.. x puas makan.. tapi kali ni, lebih baik buat sendiri. alaa.. bahan x mahal sangat pun... hehe.. boleh dapat banyak pulak tu.. jum tengok resepi nyerr..

Bahan-bahan
1/2 cawan gula kastor (kalau nak manis lagi boleh guna secawan penuh)
1 cawan gula perang
1 cawan mentega ( i guna buttercup jer)
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar ( i guna susu krim kotak dutch lady, RM1.70 jer sekotak)
1/2 cawan walnut cincang( tp i guna hazelnut yang dh dicincang, sbb xda walnut. yang ni pun sedap)
2 cawan chocolate chip

Bahan diayak
4 cawan tepung gandum
1 sd besar tepung jagung
secubit garam
1sdk cream of tatar ( i gantikan dengan 1sdk cuka, so x perlu di ayak sekali)
1sdk baking soda bikarbonat

**i xda ambik gbr bahan2, waktu ni lupa nak snap gambar. hehe.. tp gbr lain ada.. nanti scroll bawah yerr..

Cara-caranya
1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati. i guna whisk jer. senang lagi dan cepat.
2. lepas dah sebati, masukkan bahan2 yang di ayak tadi, tepung gandum, garam, soda bikarbonat, cream of tatar(tp i guna cuka jer), blendkan sebati .
3. lepas tu baru lah taruh hazelnut/walnut dan chocolate chip.  waktu ni gaul guna senduk/sudu jer...
4. pastu, bulatkan kecil2 adunan yang dah siap, dan penyekkan sedikit ikut sesuka hati anda, jarak-jarakkan k di atas loyang, nanti biskut ni pandai mengembang, so wkt bulat2kan tu, bat kecik2 jer.. nanti dia akan jd besar sendiri. hehe..senang kan.
5. Guna 175 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar selama 10-15 minit ikut jenis oven/pembakar. Kalau nak rasa biskut tu lebih sebati dan rangup , boleh letak adunan dalam fridge 30 minit dan ke atas sebelum di bakar. tp bakar terus pun boleh.. mmg gerenti sedap punyerrr.. anak2 mesti suka..
camni lah rupanya lepas dah siap di adun lengkap.. dia agak lembik ckit.. hehehe..


Yang ni dah siap dibakar, tunggu sejuk dulu baru boleh pindahkan ke kontena lain.. dan boleh lah makan!! memang sebijik rasa mcm kat kedai tu.. hehe.. sedap sangat dan rangup.. krup krap krup krap.. hehe
Inilah hasilnya.. dapat jugak sebalang kontena panjang, kalau ikutkan bahan2 di atas, boleh dapat sehingga 300 keping biskut dan ke atas mengikut sais di atas... sekeping biskut ni 5gm jer beratnya sy timbang semalam.. x kecik sangat, x lah besar sangat.. tp bleh masuk mulut sebijik2..hehehe

X sabar rasanya untuk dihidang raya kelak.. jemput lah datang ke rumah yang mengenali diri ini ya.. Nak oder shaklee, boleh direct contact sy yer... tq so much.. selamat berkongsi resepi..:)

Info resepi:: dari pelbagai resepi di google dan digabungkan untuk menjadi lebih mudah dan senang .. :)



14 July 2014

coretan pagi - shaklee bekenu miri

Assalamualaikum.... rasanya dah berapa minggu dan hari yerr aku menghilangkan diri.. huhu.. tambah2 lagi bulan ramadhan yang mulia ni. hari ni dah masuk puasa yang ke 17 x silap nya.. memang dugaan betul la ramadhan kali ni.. hehehe

bulan ni ramai yang ambik ESP, biasalah untuk tenaga bulan puasa katakan... esp ni untuk org yg x suka susu, memang rasanya agak pelik dan sedikit berhampas.. tp kalau yang suka minum susu, diorang memang suka esp ni.. ada yang kata mcm lemak nestum lah, ada yang mmg jadikan esp ni feveret diorang. hehe..macam aku ni, mmg x pandai minum susu, aku bancuh esp tu dengan orange juice .. hihihi.. rasa dia masam2 manis daaa~
 ha.. cmnila rupa dia pas cmpur dengan jus orange... baik untuk penghadaman, kecantikan, n boleh klik SINI kalau nak tau lebih lanjut mengenai ESP....


Yang ni nak cerita hal mealshakes pulak.. my dear frenz try mealshakes untuk anak dia yang baru setahun lebih. anak dia ni susah sangat nak makan nasi, nak pujuk makan benda lain pun susah.. so, aku suggest lah mealshakes untuk baiki masalah selera makan anak dia.. ni ha testimoni dia lepas bbrp mggu amalkan pyusuan melashkes untuk anak dia yang comey ni..
best kan mealshakes. mealshakes bukan setakat untuk kanak2 taw, tp boleh jugak utk dewasa dan org tua yang susah nak makan atau bdan terlalu kurus.. terlalu kurus x bermakna kita ni cukup sihat taw.. so, bnda2 mcm ni kita kena ambik perhatian... jangan pandang remeh.. okay ...

k, saja nak kongsi cerita ringkas buat para pembaca.. nak tau lebih lanjut tentang shaklee, boleh lah godek2 blog sy yang comey ni..hehehe.. bubye~~

30 June 2014

Sirap Shaklee - shaklee bekenu miri

vivix


Wow! meletup2 lah promosi bulan ni.. kenapa??? sebab nya promosi vivix lah.. vivix ni mmg special sangat.. vivix adalah sirap shaklee yang merangkumi semua aspek. Ramai yang dah jatuh cinta dengan vivix ni.. jum tgk apa kebaikan dier..

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)




Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

** VIVIX tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusukan anak, atau berumur 18 tahun ke bawah.

Banyak dah testimoni berjaya dan pulih dengan pengambilan vivix.
harga retail vivix adalah rm480 seluruh malaysia. 


KEHEBATAN LECITHIN YANG WAJIB ANDA TAHU - shaklee Bekenu Miri

Lecithin (180 capsules)

Selalunya kita dgr lecithin ni adalah antara set slimming kan.. set kurus gitu.. tapi lecithin sebenarnya banyak lagi kelebihan yang lain yang wajib anda semua tahu!! kalau nak tau haruslah rajin membaca entri saya yang comeyy ni.. hehehe

**Lecitihin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO , setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

MANFAAT UTAMA

~Menyerap vitamin yang larut lemak -membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E, dan K yang larut lemak

~Melindungi hati -menghalang enapan lemak dihati , sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati.

~Pemecahan lemak dan kolestrol -Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah , pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol, dan trigliserid di dalam tubuh.

~Pelangsingan - Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang,

~Mencantikkan otot dan kulit -Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

~Memperbaiki alergi -Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi spt penyakit kulit -dermatitis, demam denggi

~Menghalang kejadian batu karang -90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

~Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran , memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

~Menghalang tekanan darah tinggi -Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

~Memperbaiki prostat lelaki -Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

~Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan , ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Cadangan pengambilan 
** Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali sehari , 3 kapsul setiap kali( sebelum/selepas makan)
**Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak, 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum/selepas makan)

Banyak kan fungsi lecithin yang kita tak tahu. sebab kebanyakan org, diorg fikir lecithin hanyalah untuk kurus semata-mata.. tidak sama sekali.. malah kalau lepas beranak, dan mengalami bengkak susu, lecithin boleh membantu mengatasi masalah tersebut.  so apa tggu lagi,  belum cuba belum tau.hehehe... :) 

HUBUNGI 01115029820
FB- Puan Vivi Tanita
wechat- memviviey