Welcome All's !!!


30 June 2014

Perkembangan fetus hamil 5 minggu

Sekadar perkongsian buat para pembaca.. 
Anda mungkin tidak kelihatan hamil ketika ini, namun, jantung embrio, yang kecil sedikit daripada biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantungnya mula membahagi kepada ruang-rang dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Tumbesarannya berlaku dengan sangat pantas minggu ini. 

Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub neural (tiub saraf) yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks mengambil tempat di ruangnya. 

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang berapa banyak asid folik yang anda perlukan. 
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman berikut bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

29 June 2014

Set kesuburan suami isteri - Shaklee Bekenu Miri

Assalamualaikum .. selamat pagi.. tidak terlambat bagi sy mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia.. :)
Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dan bermakna dari sebelum nya..

Pengalaman ramadhan kali ini cukup berbeza buat saya dan suami , walaupun ini adalah tahun ke 2 kami berpuasa bersama.. sebab kali ni saya berbadan dua.. Alhamdulillah.. syukran sangat2.. genap 2 tahun kami mendirikan rumah tangga pada 8hb 6 yang lepas, akhernya keputusan UPT sy positif!!!
Dengan pengambilan supplemen yang berpanjangan walaupun kadang2 skip sebab lupa.. hehe.. ianya adalah sangat membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat..

Nak tau apa set kesuburan shaklee???
set kesuburan suami dan ister shaklee
** Kita sebagai hamba Allah yang biasa dan tidak sempurna hanya mampu berusaha dan berdoa.. Sambil mengamalkan supplemen kesuburan, kita sbgai umat islam wajib berdoa kepada NYA tanpa henti2 dan rajin membaca surah2 amalan murah rezeki samda selepas solat atau masa terluang.
Di antara surah2 amalan yang saya cadangkan adalah Al-waqiah , surah pendek memohon zuriat dan sebagainya... 


Untuk sebarang pertanyan boleh hubungi saya di 01115029820 atau add saya d FB Puan Vivi Tanita. 
COD-BEKENU MIRI
POSTAGE-SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK