Pagi ni saja nak kongsi kedai makan yang menjadi pilihan saya dan suami di Miri. Manalah tau kalau ada yang tengah tercari-cari nak makan kat mana erk kalau g miri??? hehe.. kadang2 saya yg stay miri pun x tau nak g mana.. hehe.. opsss! terlebih sudaaa...
Saya ni jenis yang agak pemilih dan cerewet kalau bab2 kedai makan ni, kalau kedai makan kotor, pastu pekerja masam muka, layanan lambat, saya mmg xakan datang tmpat tu lagi.. tapi setakat ni di Miri xde pulak kes mcm tu.. kalau kotor tu mmg ada sesetengah tempat.. kalau boleh kita memang akan pilih kedai/restoran/gerai yang bersih dan selesa.. yer tak...
Untuk breakfast/minum pagi saya dan suami lebih gemar pergi ke ASEANEKA berhampiran BSN sebab MEE KOLOK dia sedap dan service pun cepat.ICE LEMON TEA dia pun sedap sangat, kadang2 segelas tu x cukup untuk sy sorang. paling2 nak 2 gelas.hehe .. suami suka makan canai, lagipun kitorang tengok yang buat canai tu bersih dan boleh dipercayai. hahaa..kalau boleh, saya dan suami mmg akan beli canai kalau pembuatnya melayu ataupun orang jawa/indonesia dan xnak makan canai kalau tambi yang membuatnya... huhuww.. sebab dah ada pengalaman buruk. tp x nak lah cerita kat sini. hehehe..
Selain daripada tu, kitorang kadang-kadang akan pergi ke SELERA RASA SEGAR/SRS sebab nasi lemak dia yang sedap... Nasi lemak dia ada macam2 jenis pilihan, kalau pagi2, memang ramai yang berbaris nak membeli dan menapau... lauk nya ada kambing kari, paha ayam goreng, percik, daging masak macam2.. hehe.. banyak sangat lah pilihan.. tapi saya selalu ambik nasi lemak dengan daging kambing kari.. Standard harga selalu dengan air dalam RM10 camtu... tapi memang berbaloi.. satu lagi suami saya suka sangat makan mee goreng di SRS, memang sedap!!! Yang ni pillihan untuk sarapan pagi yerr....
![]() |
Sumber:: google |
Kalau makan tengahri pulak saya dan suami lebih gemar pergi Food court di Imperiall Mall tingkat atas sekali.. kalau x silap level 3 kot yang paling atas.. kat atas tu banyak sangat pilihan makanan... ada pelbagai gerai2 kecik kat dalam tu.. lauk2 segera paling banyak, ulam-ulaman, gerai lalapan pun ada... gerai abc. gerai mee goreng... biasalah, dah nama pun tenghari, jadi tekak ni lebih suka makan nasi berlauk pauk, dan sambal belacan wajib ada.. hehehe.. yang ni xde gambar sbb x pernah fikir nak ambik gbr food court.hehe.. tp memang sng nak cari. pergi jer imperial mall pastu pegi atas sekali. di permaisuri mall pun ada food court baru, tp x taulah, saya lebih suka makan d food court lama. hehe